Alhamdulillah, sama-sama ketemu kembali bulan mulia yang penuh keberkatan. Tidak lain dan tidak bukan, bulan Ramadan bagi tahun 1446 Hijrah bersamaan tahun 2025 Masihi.
Dalam kesempatan ini, pelbagai program telah dilaksanakan bersama-sama warga SRITI Darul Ulum, sempena bulan mulia Ramadan 1446H.
Hari-hari terakhir Sya'ban 1446H lagi telah diadakan suatu ceramah Istiqbal Ramadan.
Tibanya bulan Ramadan, pelajar-pelajar terpilih mengikuti slot tadarus khas sempena bulan Ramadan. Insya Allah semoga dapat khatam sebelum berlalu sudah bulan Ramadan.
Selain itu juga, sempena sambutan Nuzul Al-Quran pada 17 Ramadan yang lalu (18 Mac 2025), pelajar tahap 2 telah mengikuti pengisian istimewa yang disampaikan oleh penceramah jemputan.
Warga asrama juga turut tidak ketinggalan menyerikan lagi aktiviti bulan Ramadan dengan majlis tahlil, iftar, solat terawih berjemaah, moreh dan sahur bersama-sama.
Semoga pahala amalan terutamanya para penyumbang yang telah menjayakan aktiviti-aktiviti SRITI Darul Ulum menjadi pemberat ke pintu syurga dengan redha-Nya jua insya Allah.